ini Ruziah Pet punya cerita

ada satu hari ni, dia kata dia bimbang mahu tingalkan
"akak rasa kau jangan bagi lepas budak-budak tu"

esoknya, aku dapat jahitan di kepala
*jatuh kepala cium tangga

ada satu hari tu, dia kata jangan main dengan api
"hati-hati main api, nanti kena masuk hospital lagi"

malamnya, mercun kena kaki
*sekali lagi

pernah dia kata
"jaga mulut bila bercakap, takut ada yang tersentap"

tak lama kemudia, dia tahu aku hilang kawan
yang tak dapat dikembalikan

ada satu hari, dia cakap satu benda ni
"hati mak ni rasa tak sedap, kau ada buat benda salah ke?"

esoknya aku dapat surat cinta dari pengetua
tepat jangkaan dia.

dan hari ini dia kata
"mak tahu, hari ni kau akan jadi manusia"

*masa hantar aku belajar. sungguh aku rasa masa tu aku masih belum serupa manusia

dan hari ni saya nak kata
"terima kasih kerana percaya saya
doakan dan sabar dengan perangai yang ala-ala puaka
terima kasih kerana sabar untuk 22 tahun ni
saya masih tak mampu beri kamu bahagia
tapi saya akan sentiasa sayang kamu
mcam kamu kata 22 tahun dulu"

"dah besar bagi mak duit, jangan susahkan mak banyak sangat"
hehe

selamat hari jadi ibuku Ruziah binti Pet
-pstttt.. saya malu nak cakap pada kamu depan depan. :)




4 ulasan:

  1. heheehe..nice cheng!
    Happy Birthday cik Ruziah

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks dear. nanti aku cakap kat mak aku ye. hee :)

      Padam
  2. Assalamualaikum yayang!
    happy birthday kat mak kau juga.
    hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. hehe. nanti aku cakap kat mak aku ye. thanks dear :)

      Padam

otak kosong