kelmarin aku ada cakap pada seorang ini
dia ini sahabat bagi aku dan dia juga sama masalah dari segala segi seperti aku
dimana aku kata padanya :
"mana mana pun pergi, bukan duit yang penting... tapi hati"
bila mana aku rasa, terkadang aku hampir pada endnya
life of dead, kena habiskan juga
mana ada manusia buat kerja separuh jalan
*melainkan mereka yang gila. itu maksum pada segala yang lengkap.
jadi aku pilih untuk bergerak
move on pada sesuatu yang tak pasti dan tak pernah aku alami
pergi mulakan cabaran baru
walau aku tahu
banyak lagi yang aku tak mampu
macam kiranya aku gantung sebelah dari nyawa pada perkara yang tak tentu
kau fikir aku bodoh?
ya aku tahu itu...
ramai yang akan bersorak bila mana kau jatuh
aku masih 50-50
cuma bila aku fikir satu hal ini
aku rasa aku mampu
mampu untuk make a move dan cuba perkara baru
bila perkara itu...........
hal seorang manusia yang bergadai nyawa untuk bikin aku hidup dan hirup nikmat tuhan
hal 22 thaun dahulu pada masa dia juga tak pasti apa yang akan jadi
apa yang tuhan tentukan
apa yang bakal dia dapatkan
hal dimana nyawa baginya satu percaturan
untuk dia hidupkan satu manusia yang belum tentu peratusan kemanusiaannya
jadi manusia atau agas
dan kerana itu, aku fikirkan
hal dia mahu aku berjaya
masih dia banggakan
walaupun aku masih tiada apa
terima kasih,
kerana menjadi berani ketika 22 tahun dahulu
dan masih kekal menjadi begitu
mahu beri tahu kamu,
masih lagi aku mahu menjadi anak kecil mu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
otak kosong