gagal lagi dan lagi

aku ini wanita yang sudah bergerak ke 22 era

namun sepanjang umur ini aku masih gagal
semangat aku silent. upamanya kau ini resident sibuk tumpang tumpang gayut sama kerajaan yang total kuasa dia kau goyang kiamat sampai.
kau benar,kau salah,kau betul kau tetap akan di pangil pengkianat. sedangkan kerajaan aku salah, aku masih tetap ditahan akta.

berontak untuk diri yang dimaki caci, dipijak mati.

"alah kau tak payah sembang kencang nyatakan kononnya kau susah sangat, tak payah kau usung cerita rata rata aku tahu benar benarnya kau siapa, tak payang sangka kau punya benar pihaknya sedangkan total pasti kau PUNCA segalanya!"

babi kau punya andaian!

tiap tiap malam aku kosong dan rasa hambar dalam ruang minimal paksi putih suci tapi hati aku mati. aku terus meminta menagih meraih dan mengemis. kau ada buat? ada kau tahu? ada juga kau rasa? aku kais kais ihsan semua. aku makan sakit hati emak hari hari. dia yang tua terus terusan memberi aku. aku pakai sakit aku ini tiap hari. nanah ini busuk bila kau tak berhenti cungkil2 lubang lubang luka itu

apa kau mahu sebenarnya? kalau aku ini klcc, akulah yang akan membawa bencana gempa bilanya aku tak lagi kuat dan jatuh. setiap hari aku berfikir mahu tiba sampai waktu mati. hari hari aku fikir. bila rasionalisasi aku mati, aku pejam mata. dalam gelap wajah tua emak menjelma.

dia sayu. dia sedih. namun aku lagi sakit. tambah tambah hancur bila aku lambung lambung diri aku tak berpendirian dan terus kontang gersang.

aku sudah 22,tapi aku masih tak punya apa. tak mahu kata sabar. aku benar benar kecewa. nanar dalam kesalah aku yang binatang ini masih mahu keji keji dan caci maki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

otak kosong